Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 10, 2010

Khir Toyo Menghina Orang Asli

Salam,

Orang Asli sudah berjaya

Kenyataan Khir Toyo mengenai tindakan PAS bercadang meletakkan calon orang Asli di Galas menghina Orang Asli di negara ini.  Khir Toyo menyifatkan PAS semakin terdesak apabila berhasrat meletakkan calon Pilihanraya Kecil di DUN Galas.  Menurutnya lagi "Orang Asli tidak sedungu disangka kerana fikiran mereka sudah terbuka dan mampu menilai kebaikan memilih ketua yang mampu melaksanakan tanggungjawab."

Beliau ingat beliau seorang sahaja doktor di Malaysia ini sedangkan Orang Asli semuanya dungu-dungu dan bodoh-bodoh belaka.  Bila disebut sedungu.....dari segi bahasa maknanya.....Orang Asli adalah Dungu dan memang dungu, cuma tidak dalam kategori dungu yang melampau.

Kenyataan ini jelas suatu kenyataan yang menghina orang Asli dan sangat melampau.  Yang ironinya ianya terbit dari seorang doktor dan bekas Menteri Besar lagi.  Takkan Pas hendak pilih ADUN dari orang yang dungu.  Begitu juga UMNO.   Ramai anak-anak Orang Asli yang menjadi doktor atau Lawyer, Engineer, Majistret dan lain-lain.

Panglima7
Nampaknya Bekas Menteri Besar ini ada dungunya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara