Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 6, 2010

Kepada Penggemar Kerang.....

Salam,


Kerang di lantai....di atas pula babi.  .

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan.


KOTOR...dua peniaga kerang membungkus kerang berhampiran lokasi penyembelihan daging babi di pasar Chow Kit.

Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.

Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.

Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.

Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.

“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.

“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.

Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.

Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.

Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.

5 comments:

love is forever said...

hehehe darah rendah kena makan kerang..biar banyak sikit darah, makan lebih sakit perut lah pulak

Panglima7 said...

Forever In Love....!!!
Betul...kalau nak tambah darah kena makan kerang. tapi hati-hati membeli kerang mcm dlm gambar tuu...

Terlebih makan...gatal-gatal la pulak..hehehe

MOH KEMBARA said...

Salam Tuan, ziarah pertama saya ke mari. Terima kasih tulis perkara sprt ni. Camner kita di Malaysia selalu terkena makan benda2 yg subahat? Issyyy! Saya penggemar seafood tp kalau nak makan benda2 ni saya tanya dulu datang dari mana. Kalau tak yakin, tak belilah. Sudi ziarah blog kembara saya di http://mohkembara.blogspot.com Terima kasih!

Panglima7 said...

Salam Moh kembara. Cantik dan bagus blog tuanhamba. Memang sekarang ni kena tanya dulu...dari mana datangnya benda2 tuu....ayam pun sama....dari mana dia amik ayam tersebut.

Gadis Kampung said...

alamak tak senonohnyer...dah la orang suka makan char keoy teow....tak baik la diorang nie...

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara