Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 5, 2010

Siapa Penceramah UMNO Yang Tersangat Kurang Ajar itu !!!

Assalamualaikum wbr....



Inlah orangnya...Juga sering menjadi rujukan Utusan Meloya

UMNO Bahagian Besut menganjurkan Ceramah dengan menjemput seorang Penceramah Luar bagi memberikan ceramahnya kepada orang ramai baru-baru ini.

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.

PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).



Jikalau tidak.....PAS Kawasan Besut tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap Penceramah dan UMNO Bahagain Besut.

Penceramah jemputan tersebut, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.


“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nk Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Panglima7
Siapa yang biadap dan kurang ajar sekarang ???  Nampakkan..!!! UMNO laa yang biadap dan tersangat kurang ajar.  Ajaran Islam kah itu ????   Penceramah ini bawak-bawaklah mengucap banyak2.  Macam orang bukan Islam jer bila bercakap.  Mubaligh Kristian tuu lebih elok cakap dan bahasanya dari ngko nie.

Selama ini mereka (UMNO) baling batu dan sembunyi tangan.   Mereka rupanya yang biadap, celupar dan caci maki orang serta membinatangkan Sultan.....kemudian dituduhnya khatib dan penceramah bebas dari PAS yang celupar dan caci maki kerajaan.  Di editnya di TV dan media secara cut and paste supaya nampak bahawa TG atau penceramah PAS yang celupar dan suka maki hamun kerajaan UMNO.

Kalau kita sorot sejarah islam yang lalu....Kalaulah ini dizaman para sahabat dan Nabi.....dah lama dah... orang yang sebut perkataan begitu dipenggal kepalanya oleh orang-orang seperti Syaidina Umar Al-Khattab.

6 comments:

Anonymous said...

Ya kan. Biasanya orang UMNO yang aje yang asyik mendengar orang PAS, PKR dan DAP yang mancaci pemimpin UMNO dgn berbagai gelaran dan maki hamun. Kini, barulah tahu betapa tak seronoknya bila orang buat keatas kita.. tu baru cakap gilo. Ingat pulak bagaimana PAS panggil Tun, mahafiraun, kerling dll..

Kekadang tu Allah nak tunjuk jugak ya kat kita supaya cermin diri ya.

Panglima7 said...

Terima Kasih kerana bagi komen. Dan saya paparkan komen anda walaupun anda Anonymous, kerana komen anda ini menarik bagi saya.

Yahudi Israel dikutuk dan dimaki kerana kezalimannya kepada Umat Islam di Palestin.

Mahathir digelar dengan gelaran Mahafiraun oleh kebanyakkan ahli PKR kerana sikap Kuku Besinya dan Kezaliman beliau. Tak perlu nak diceritakan di sini apa kezalimannya tanpa melupakan jasanya pada negara. Umum sudah tahu.

Tetapi TG Nik Aziz dicaci maki atas dasar apa? Kezaliman beliau ??

Kalau atas dasar pandangan, perselisihan dan pertentangan pendapat mengenai Sambutan Maulud Nabi,Islam juga Melayu seperti yang diwar-warkan oleh penceramah celupar itu...Perkataan GILA itu cukup MELAMPAU !!!

Memang "GILOLAH" penceramah yang dipanggil dan dijemput oleh UMNO Bhg Besut yang gila itu.

Orang yang Gila ajer yang menjemput Penceramah Gila...!!!

otaklunyai said...

Semoga Allah membalikkan semula segala fitnah, kejahatan dan kezaliman yang mereka lakukan ke atas diri mereka dan sekutu mereka ..
Dan berikanlah kami petunjuk dan kesabaran dengan bersolat dan berdoa kepada Mu dalam menghadapi golongan yang sesat lagi menyesatkan ini.
AMIN YA RABBAL ALAMIN..

Anonymous said...

paglima..

sah mu ni bodo..

nik ajis kata xaper nak mencarut ke, nak kecek huduh ko, nak nyapong ko..nik ajis kata itu semua fitrah manusia...

mu nak kata gapo pulak???

dia nak kecek hudoh tu hak dia..mu sibuk aper!!!!

mu igt nik ajis sore ko buleh kecek huduh

Panglima7 said...

Hahaha Anonymous lagi....

Walaupun ko anonymous ako layan jugak..pasal haper...pasal ko kecek Kelate. Kalau ko tak kecek kelate jangan harap ako nak siarkan komen ko. Ako cukup suka oghe yang kecek kelate walaupun ako tak reti nak kecek kelate.

Memang laa Nik Aziz...cakap mcm tuu....atas dunia..manusia nak cakap aper...cakap ler..itu hak dia...tapi lepas tu kena pertanggungjawablah di dalam kuburrrr nanti...hehehehe.... Di atas dunia....kalau bole saman...saman la...hahahaha.

Lain laa Allah, Dia boleh cakap aper sahaja....kita ni manusia ada agama dan ada dosa pahala. Tok Guru Nik Aziz hafiz Quran pulak tuu...Allah pelihara dia....mana boleh gila atau nyanyuk...lainlah Mahathir pujaan hatimu itu, bila2 masa boleh nyanyuk.

Mu nak cakap ape lagi nie.??? hehehe

Man Asal Kulim (MAK) said...

Sudi juga ko layan anon ye panglima..kesian dia org..semuga sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan..
Off topic: Kemerduan Al-Mulk bingkisan tuan disini amat2 dihargai..terlalu merdu alunan sheikh Al Mushary..TQ.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara