Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 21, 2010

Banduan Bijak.

Assalamualaikum Wbr.

Seorang bapa menulis surat kepada anaknya yang berada di penjara kerana terbabit dengan kes rompakan bank.  Tulisan surat si bapa berbunyi....

"Anakku Ayah sudah tua, tak larat lagi nak ke bendang, orang lain dah mula membajak.  Tapi siapa nak tolong Ayah ???  .Kamu pula di penjara.  Sayu ajer bunyinya....

Anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian.  Bunyi balasan surat tersebut ialah....

"Tolonglah Ayahhh  !!! jangan dibajak sawah itu...kerana di sanalah saya tanam duit bank yang saya rompak."

Rupanya surat itu disensor oleh pihak penjara, lalu berita itu disampaikan kepada pihak Polis. Maka datanglah ramai polis dan jentolak untuk menggali sawah milik bapa banduan tersebut dengan harapan dapat menjumpai wang rompakan.

Si bapa kembali menulis surat kepada anaknya.  "Anakku, setelah ayah terima suratmu, datang satu pasukkan polis dan sejentera membajak, menggali seluruh sawah tetapi tidak berjumpa apa-apa pun.  Apa harus ayah buat sekarang ???

Si anak kembali membalas surat tersebut.  "Sekarang Ayah bolehlah mula menyemai padi, bukankah sawah sudah dibajak dan jangan lupa ucapkan terima kasih kepada mereka semua".

Panglima7
Ha ha ha ha.....So genius.
Semoga Terhibur 

3 comments:

melur said...

Bijak bijak bijak..Mana dapat lawak ni Tuan Panglima...kelakar sangat...he he he

Panglima7 said...

Terima kasih Melur...

Dalam berpolitik...kita berlawaklah pulak....Takdelah nampak terlalu serius sangat. Lawak ni hamba dapat melalui sahabat yg hantar melalui email. Yang penting...terhibur.

Izzaty Ishak said...

Wahh~ Bijak betul anak dia tuh. Sebenarnya anaknya itu baik juga sebab secara tak langsung dia membantu mengurangkan beban bapanya nak membajak tanah sawah!

Best cerita lawak nih! Lawak tp pintar! ;)

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara