Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 23, 2010

Islamic Fashion Show : UMNO Menghina ISLAM.

Salam,

Ini ker...Fashion Islam yang menutup Aurat...yang UMNO faham. Nama nabi diterbalikkan.
Inikah pakaian Islam untuk Muslimah...??? Berpakaian tetapi telanjang.



Ehh..Najib ke sebelah tuu....


Pemimpin UMNO berbangga dengan Islamic Fashion Show ini. 

Demonstrasi besar-besaran...Umat Islam Membantah tanda kemarahan selepas Solat Jumaat.

Macammana isteri PM boleh tergamak menganjurkan Islamic Fashion Show yang jelas menghina ISLAM dan Rasulullah SAW yang bukan sahaja menghina Umat Islam di Malaysia tetapi Umat Islam di seluruh dunia.
Perkataan Muhammad diterbalikkan.

Beliau menghina dan menfitnah Islam dengan pakaian yang menjolok mata ini.  Apakah Rasulullah dan Al-Quran mengajar umat Islam berpakaian sebegitu.....Nauzubillah !!

Semua ahli-ahli dan orang-orang UMNO juga pemimpin pemimpin UMNO termasuk Mufti kakaktuanya diam membisu seribu bahasa apabila ISLAM di hina oleh isteri PM ini.  Kerana mereka tahu Rosmah bukannya menghina Melayu. Bagi mereka Melayu lebih Mulia dari ISLAM.  Menghina Melayu ertinya menghina UMNO dan menghina Islam ertinya menghina PAS.....hahahaha. Jumudnya pemikiran mereka-mereka ini.

Tuan-tuan....sudah jelas lagi bersuluh....Isteri pemimpin UMNO Nombor satu Malaysia ini......menghina Islam.   Kalau orang biasa-biasa ajer...hamba tak heran pun....dan boleh laa kita pandang enteng tetapi ini isteri pemimpin negara. 1st lady...yang suaminya PM Malaysia dan Presiden UMNO...yang cakap berdegar-degar kononya UMNO membela ISLAM.  Kononnya.  Ini hape.....!!!! Ini hape ni.....weiii???   Aku dah mula hangin nie...!!!   Inikah dia membela Islam ???  Inikah dia memertabatkan Islam. ??   Isteri sendiri menganjurkan Fashion Islam yang menjolok mata.  Tiada beza fashion show ini dengan fashion orang-orang kafir.    Aduihhhh....!!!  Apabila menggunakan ISLAM....beliau telah menfitnah semua umat Islam di dunia.

Inikah dia parti yang tuan sokong dan undi ????  Inikah dia parti yang tuan harapkan untuk membela Islam dan Umat Islam. hurm.... Jauh panggang dari Api.  Sungguh tuan sudah tersalah memilih parti.

Sila Klik di SINI   dan Klik lagi di SINI   dan lagi Klik di SINI dan klik lagi di SINI

Apa kata Bekas Mufti Perlis..Ustaz Asri......Klik Di Sini

Panglima7
Gambar Ehsan dari Malaysiakini dan MelurJelita.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17

9 comments:

Izzaty Ishak said...

Mak aihh~ Terkejut gila tengok fashion show tuh!

Dunia akhir zaman~ T_T

melur said...

Salam Tuan Panglima,

Setahu saya dia bukan FIRST LADY. OUR FIRST LADY IS TUANKU PERMAISURI AGONG. Sila rujuk entry Pak Din aka Mountdweller yang terdahulu.

p/s banyaknya klik sini, sini , sini ...he he he
Bagus, macam inilah Panglima Islam...membela Islam

luvly iema said...

1st lady tu gelaran utk isteri president..

isteri prime minister(perdana menteri) org xgelar 1st lady..

sangat2lah perasan org 2 kn....
mencapub je kejanya...
(mencapub=mencari publisiti murahan)

Panglima7 said...

Betul tu Melur, Izz dan Iema.....1st Lady hanya gelaran untuk wife President, dan Tuanku Permaisuri Agong. Tapi beliau nak jugak gelaran nie...so hamba bagilah gelaran 1st lady kat dia...hehehehe

Banyak Klik supaya kita banyak reference....itu pun salah satunya dari Melur juga. TQ

Anonymous said...

terukan perjuangan saudaraku tidak kira walau berada dimana sekalipun perjuangan menegakkan ISLAM adalah tanggungjawab kita bersama pastikan PRU13 MILIK PAKATAN RAKYAT....INSYALLAH......

madiha said...

salam. panglima7. madi pun sokong bila kita sume vote ramai2 untuk rosmah minta maaf kat umat islam tentang fesyen show ni. terkejut dgn festival ni. dan mmg percaya bile tgk dari fb, ustaz zaharuddin, dari sini dqn laman2 yg lain tentang benda ni.

tapi tadi tibe2 madi jumpa web ni.
boleh terangkan tak mcm mana.

http://networkedblogs.com/9v1wZ?ref=nf

madiha said...

dan yg ni pun madi jumpa.

http://satulimatiga.blogspot.com/

tolongla tunjukkan kebenaran. takut nyer bile tgk yg belah sini mcm ni, belah sana macam tu. takut kite terbuat fitnah. yg mane satu betul ni?

Panglima7 said...

Terimakasih anonymous....bersama kita teruskan perjuangan menegakkan Islam walau di mana kita berada.

Panglima7 said...

Salam Madiha, terima kasih kerana memberi info dari blog yang tuan berikan tadi. Setelah hamba amati..memang penganjuran tersebut bukan sahaja diadakan di Malaysia tetapi di 2 negara yang berlainan.

Tetapi harus diingat... Penaung IFF tetap sama iaitu Rosmah Isteri PM kita, walaupun ianya diadakan di 2 negara berlainan. Cuma di Malaysia pakaian artis lebih sopan walaupun masih tidak dalam kategori menutup Aurat. Rosmah adalah penaung IFF untuk seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia.
Jika nak kata Pembangkang sengaja mengekplotasikan isu ini....juga tidak benar kerana Rosmah juga penaung kepada Fashion show yang separuh telanjang di Monaco. Jelas pertunjukkan fashion show ini sangat bertentangan dgn pakaian Muslimah dan ini jelas menfitnah umat islam seluruh dunia.

Dan tulisan yang tertera Nabi Muhammad SAW memang ianya ditulis secara normal dan juga diterbalikkan. Ini jelas menghina Rasulullah yang kita Cintai. Kita jangan terkeliru dan termakan dengan alasan mereka yang cuba MENGHALALKAN CARA.

Dalam Islam tiada dibenarkan perempuan memperagakan pakaian dan perhiasan mereka di khalayak ramai dengan pakaian yang ketat dan berwarna warni, jalan yang melenggang lenggukkan punggung seperti punut unta dan tidak menutup buah dada mereka walaupun ianya memakai tudung. Ini jelas haram.
Harap tuan tidak terkeliru dengan fitnah akhir zaman ini.

Wallahualam.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara