Assalamualaikum Wbr.
Datuk Dr. Hasan Ali.
Mulai sesi persekolahan 2011, pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) seluruh negeri Selangor akan menerima buku Teks Agama percuma di bawah SKIM Pinjaman Buku Teks (SPBT)
Pengerusi Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat MELAYU, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.
Menurut beliau, pemberian tersebut menelan kos sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor (LZS). "Kerajaan PR Selangor juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke Sekolah Agama Menengah, Kelas-Kelas Al-Quran dan Fardu Ain dan Prasekolah JAIS pada masa depan" ujarnya yang juga ADUN Gombak Setia.
Tambahnya lagi, Kerajaan negeri juga telah meluluskan kenaikan elauan Pembersih Kawasan di SRA gred B dari RM100 kepada RM500 dan SRA gred C dan Prasekolah Jais dari RM100 kepada RM300.
"Sementara untuk kecerian dan membersihkan kawasan di semua SRA gred A telah diswastakan" Katanya pada sidang media di kediamannya di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.
Panglima7
Alhamdulillah atas keperihatinan Kerajaan PR Selangor. Sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa membeli buku teks agama untuk anak-anak mereka dan menambah pengetahuan agama kepada generasi muda.
Semoga Allah memurahkan lagi Rezeki Kerajaan PR dan Negeri-Negeri di bawah jajahan takluknya dan memberi kemenangan Mutlak ke atas Pakatan Rakyat dalam menawan Putra Jaya dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Aaaminn.
8 comments:
Salam Tuan Panglima,
Murid-murid dikecualikan dari bayar yuran, ada peruntukan tak?
Salam melur,
Buat masa sekarang belum sebut lagi dikecualikan dari bayar yuran. Mungkin di masa yang akan datang. InsyaAllah.
salam panglima...
amy datang menziarah pagi , kalau semua murid2 di kecualikan bayar yuran , ada peruntukan ke..
bagus sgt la cm ni...org memberi kita merasa, org buang undi kita buang masa..sadarlah yg belum mendaftar lg ..segerala menunaikan tggjwb kpd negara.
Salam Amy,
Terimakasih kerana datang lagi....suka tengok Amy datang begitu juga dgn yang lain.
Kalau nak dikecualikan dari bayar yuran...itu kena tanya Datuk Hasan Ali atau Menteri Besar...Datuk Khalid Ibrahim ....hehehe Buat masa ini....Percuma buku Teks sahaja. Aka datang tak tahu lagi...
Pada yang belum mendaftar sebagai pengundi...cepat2 la mendaftar yea..undilah Pakatan Rakyat. Betul tu sarana P@kciklie
Salam Tuan Panglima,
jadilah calon ...Lepas itu mana komen Tuan panglima mengenai post terbaru saya? tak mendidih ka darah pahlawan dalam diri Tuan Panglima? ( Bakar niiiiiiiiii) he he
http://melurjelita.com/
Waalaikumsalam Wbr...Melur.
Mau tak mendidih darah hamba. Kalau hamba.. sudah hamba penggal kepala-kepala mereka. Sungguh biadap dan tiada etika sungguh kafir-kafir ini.
Post a Comment