Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 2, 2010

Calonkan Ku Li : Seperti Main-Main Tangkap Kambing Ajer.

Salam,


Ketokohan Ku Li ingin direndahkan.

Nampaknya UMNO semakin kalut lebih-lebih lagi apabila ketiadaan calon untuk dipertandingkan di DUN Galas. Pada hemat saya, Ku Li terlalu besar untuk dipertandingkan.  Bukan tidak boleh bertanding untuk ADUN di sana tetapi pemilihan beliau sebagai ADUN di Galas merendahkan martabat dan ketokohan beliau yang selama ini tarafnya sama dengan beberapa pemimpin terkemuka UMNO seperti Mahathir, Tunku dan sebagainya.

Apa yang dilihat kini, UMNO seolah-olah main main tangkap kambing ajer.  Seperti tiada pemimpin dan barisan pelapis serta ketandusan dalam memilih calon.   Tindakan Ku Li yang akan mempertimbangkan cadangan tersebut memang satu tindakan yang wajar.  Tidak seperti Isa Samad...yang main hendakkkk ajer...sampai melobi-lobi dalam diam.

Menjadi ADUN tidak melebihkan beliau di mata rakyat bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara.  Ketokohan beliau dalam UMNO lebih daripada itu.  Tidak mustahil Ku Li menolak cadangan Muhyiddin dalam percalonan ini berbanding calon-calon UMNO yang lain yang terlalu gila kuasa merebut jawatan yang bukan sahaja AJK Cawangan atau Bahagian tetapi sebagai Calon Wakil Rakyat.

Ingat....Ku Li nak jadi PM suatu masa dahulu...Bukannya ADUN atau Wakil Rakyat.  hehehe...!!!

Yang pastinya ....jika Ku Li menolak tawaran ini.....UMNO pasti menghadapi Pilihanraya ini dengan hati yang Tawar Nawar lagi penuh sebal..

Panglima7
Apa-apa aje......la UMNO.
Sesiapa sahaja yang bertanding......walaupun Garuda....kita akan lawan habis-habisan.

2 comments:

Anonymous said...

salam. ambo setuju sangat pendapat tuan. kalu ambo lah "duduk di tempat" Ayah Ku ambo buat gini ... buleh kalu BN nak sangat DUN Galas dengan 1 syarat .. lulus royalti minyak Kelate dengan pendahuluan tunggakan 2 billion

Panglima7 said...

Salam....
hamba setuju dengan cadangan tuan. Ku Li patut bagi syarat begitu. Bayar 2 Billion kat Kerajaan Pas Kelantan...barulah selesa beliau nak bertanding.
Bijak cadangan tuan....mudah-mudahan Ku Li dapat baca idea tuan ni.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara