Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 14, 2010

Sape Yang Nak Dengar Nie..???

Salam,

Siapalah yang nak DENGAR cakap Ibu kepada Sosilawati, Jutawan Kosmetik yang mati dibunuh, dipukul, ditikam dan dibakar oleh petualang-petualang masyarakat dan Negara.

Siapa yang nak dengar cakap ibu Sosilawati…….

Di dada akhbar hari nie terpampang....”JANGAN SAMPAI TERLEPAS”Ibu jutawan kosmetik mahu hukuman ke atas pembunuh anaknya setimpal dengan kekejaman yang dilakukan.

Siapa yang nak dengar nie....!!! .....Lawyer, Magistrate, Ahli Muzik….

Siapa yang nak dengar cakap Ibu Sosilawati sekiranya Petualang-Petualang masyarakat dan negara ini DILINDUNGI oleh orang-orang tertentu yang anda sendiri tidak terfikir dan tidak tercapai akal fikiran yang orang yang bertopengkan kedudukan tinggi lagi dimuliakan mungkin bakal melindungi penjenayah ini.

Kenapa aku sebut begitu…….Kerana ianya pernah berlaku sebelum ini dalam kes-kes pembunuhan berprofil tinggi. Akhirnya yang ke tali gantung adalah orang-orang suruhan, yang dijadikan kambing hitam.....yang membunuh mangsa bila diarahkan oleh tuannya. Sedangkan yang mengarahkan pembunuhan ini....TERLEPAS begitu sahaja. Huhuhu....ko terlepas di dunia...di akhirat...siap la ko.

Ingat lagi.......Kes pembunuhan berprofil tinggi itu ???
Kalau korang ingat........ Itu lah jawapan aku.


Panglima7

Orang yang pergi interview kerja sekarang ni pun pakai kabel....inikan pulak nak lepaskan diri dari tuduhan membunuh yang hukumannya gantung sampai mati. Lagi besarlah kabelnya....kena pulak dia tu peguam.

Jika Pemimpin Politik turut terlibat dalam diam demi melepaskan penjenayah ini seperti kes-kes terdahulu....sungguh .....amat malanglah pengundi-pengundi Parti UMNO & BN ini.

3 comments:

melur said...

Tuan Panglima,
bongkarkan siapa petualangnya?
Ramai yang tak mahu pembunuh-pembunuh ini terlepas...

Panglima7 said...

Salam Melur,

Pembunuhnya sudah dikenakan tuduhan. Yang melindunginya ajer yang dirisaukan. Semoga pembunuh ini tidak dilindungi pihak tertentu disebabkan hartanya beratus juta.

Jikalau Melur mengikuti perkembangan politik...tentu melur tahu sapa yang hamba maksudkan.

MOH KEMBARA said...

Salam Yob Panglima7,
Potong jari kalau ikan jerung kena, ni asyik ikan bilis jer. Bilalah deme ni nak insaf dan taubat! Akak dah bosan baca mende2 cam nikat paper, takde kesudahan yg menggembirakan ati, sakit ati ade!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara