Assalamualaikum.
Semalam aku cuba mencoretkan hari yang tak dapat ku lupakan diruangan ini. Tapi disebatkan coretan yang terlalu panjang dan tidak tersusun dan fikiranku yang kusut masai, menyebabkan aku sukar nak meringkaskan tulisanku sendiri. Akhirnya coretan tersebut terpaksa aku lupakan dan deletekan.
Kali ini aku cuba mencoretkan kembali seringkas yang mungkin.
Semalam aku ada membuat open house-jamuan hari raya. Takdelah besar cuma ala kadar ajer. Cukup untuk jamuan 70 orang punya makan. Itu pun hanya menjemput jiran-jiran terdekat dan mereka yang tinggal dalam lingkungan perumahanku serta sahabat-sahabat sepermainan semasa menjadi bujang senang dahulu. Majlis bermula jam 12tgh - 4ptg. Menunya..Nasi Lemak, rendang ayam, Sambal ikan bilis, Lauk sambal paru, Bee Hoon Goreng, telur, agar-agar lengkung, Karipap, kuih buah melaka, Bubur kacang merah, buah dukung dan air orange.
Masak memasak telah siap jam 10 pagi lagi. Tapi hari tuu.....rumahku dipenuhi orang disetiap ruang, ramainya jiran yang datang. Akhirnya makanan yang disediakan tidak mencukupi. Jam baru pukul 2ptg. Ku suruh isteriku masak lagi sementara habis. Maka beliau pun masak nasi lemak lagi sebagai tambahan....pun habis. Alhamdulillah. Biasanya....banyak yang extra tapi kali nie....tak cukup. Biasanyanya kalau aku tolong memasak.....aku akan bacakan petua dan doa berikut..."yang masak Siti Aishah, yang makan Rasulullah" InsyaAllah....lauk tak pernah tak cukup dan ada lebih. tapi kali ini aku tak tolong masak pasal jiran-jiran pompuan ramai yang datang menolong masak.
Tiba-tiba sahabat lama 25tahun tak ketemu...call kata nak datang tapi tak tahu jalan. Aku bawa kereta isteriku dan terus turutkan dia di kilang Palm Oil di Kuang....dalam perjalanan balik...kereta isteriku terkentut-kentut dan tersenggut senggut sampai mengeluarkan asap hitam diekzosnya. dah macam bunyi orang menembak la pulak. Dah...!!! apahal pulak dengan kereta nie. sampi dipersipangan jalan ke Kuang tiba2 enjinnya mati dan tak boleh di start. Pulak...Puaslah ako dok nak start...tapi tak mahu mahu jugak. Akhirnya ku tinggalkan kereta isteri ku di sana tersadai. Aku tumpang kereta sahabat lama ku itu beserta familynya ke rumahku.
Sampai di rumah...jiran dan sahabat handai makin ramai yang datang. Isteriku masak kuew tiau pula bagi menampung tetamu yang datang... pun habis. Masak lagi Mee Goreng 3-4 bungkus...pun habis. Alhamdulillah.
Tiba-tiba Pak Mentua yang datang awal pagi tadi...minta diri nak pulang!!!. Jam dah kul 4ptg. Tapi jiran-jiran masih lagi berkunjung. Anak lelakinya yang turut hadir tak mahu menghantarnya pulang. Atas alasan not the same route...sebab dia dan keluarganya nak pergi open house di rumah rakan di tempat lain. Laaa !!!. Boleh ke buat macam tuu" Kasihan dengan Pak Mentua..aku gunakan kereta aku untuk menghantarnya ke bandar rawang bagi menaiki bus atas alasan...takpe sekejap ajer.
Dalam perjalanan pergi ke Bdr rawang...kelihatan jalan menuju ke Country Homes....bersusun kereta...jem giler. Aduhhh...mana ada jalan short cut untuk ako nak balik nanti. Sure sangkut. Tapi aku tak endahkan semua tuu. Akhirnya bila aku nak balik.....perghhh !!! jem bertambah buruk...aku tersangkut di sana.
Kawan dan sahabat opis call kata "on the way nak sampai rumah"...mereka lambat sampai pasal jalan jem. Jam dah pukul 5.00 lebih. Open house sampai kul 4ptg.
Minyak kereta dah menadakan "E"....dalam hati masih berdetik.. takpe.....500meter depan ada Stesen Minyak....tiba-tiba isteri call suruh masuk ke Kota Emerald, katanya ada jalan Short cut ke Country Homes. Memandang stesen minyak betul2 bertentangan dengan jalan masuk ke Kota Emerald stesen minyak di kiri kota emerald di kanan maka tak dapatlah aku mengisi minyak disebabkan nak masuk ke situ. Tetapi malangnya......satu jalan pintas pun takde di Kota Emerald. Kota emerald dikelilingi bukit....tak boleh nak tembus. Isteriku telah salah memberikan informasi kat aku. Dia cuma mendengar cakap-cakap orang ajer..kononnya ada jalan pintas (hearsay).
Keluar semula kota emerald dengan rasa kecewa untuk ke jalan yang jem tadi. stesen minyak pertama tuu...betul-betul dipersimpangan keluar kota emerald dan berada di seberang jalan..camne nak isi minyak. Sampai di depan NSK....dengan jalan yang hampir tidak bergerak.....kereta aku pun mati enjinnya di tengah-tengah jem tersebut.....aduihhhhhhhhhhhhh. Telefon pulak berdering-dering...sahabat dan kawan dah sampai kat rumah dan ada yg solat dulu di Masjid sebelum sampai ke rumah aku. Aku pulak tengah mengelabah....kereta dah mati enjin akibat kehabisan minyak di tengah jalan di depan NSK Rawang. Dengan kereta aku yang mati ditengah jalan...menambahkan lagi Jem.
Ditakdirkan Allah, kereta aku itu.....berada dikedudukan sedikit cerun...membolehkan aku menekan klass dan mengelungsurkan keretaku ke kiri dan terus aku keluar dan menolak kereta aku masuk di perkarangan NSK. Fuihhhh lega nye aku.
Tapi yang ralat dan terkilannya aku ialah.....sahabat -sahabat lama dari ex-company yang telah lama tak jumpa hanya dapat tengok rumah dan makan di rumahku sahaja...tetapi tak dapat jumpa aku. Mereka dah tunggu sejam kat rumah aku dan aku masih terperangkap dalam jem. Sampai dirumah...dah pukul 7mlm...semuanya dah balik.
Ermmmm.....kereta isteriku dah tersadai...dan aku pula terperangkap dalam jem sampai enjin kereta mati ditengah jalan dan tak sempat pula ketemu jiran dan sahabat yang berkunjung. Itulah nasib ku semalam.
Panglima7
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Oct 3, 2010
Semalam Hari Yang Tak dapat Ku Lupakan.
Labels:
Aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
2 comments:
tak de rezki jumpa member lama tu.
saya pun rasa terkilan hari tu sebab tak masak apa2 bila panglima 7 datang sebab org umah pergi hantar anak balik ke johor, dan naik bas di terminal 2 seremban.
klu ada kesempatan jgn serik dtg pulak ye panglima7
Salam tuan,
Dapat bertemu dengan tuan di Bangi sudah cukup besar dan nikmat bagi saya.
Alhamdulillah dapat juga bertemu dan minum dgn tuan. InsyaAllah di lain masa kita boleh ketemu lagi bersama Dr. Hamirdin.
Cuma open house saya ni saya buat kecil saje....untuk jiran, tak dapat nak jemput tuan.
Tapi kalau tuan ke utara atau pulang dari utara...boleh singgah kat rumah saya bila-bila masa ajer mahu.
The door is always opened for u.
We are brother.
Wassalam.
Post a Comment