Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Oct 25, 2010

Universiti Madinah Berminat Buka Kampus Di Hulu Selangor.

Assalamualaikum Wbr.

Universiti Madinah - Arab Saudi.

Pintu Gerbang Universiti Madinah

Universiti Madinah adalah antara beberapa pelabur antarabangsa yangberminat untuk membuka kampus serantau di Hulu Selangor yang sedang dibangunkan sebagai Hub atau Pusat Pendidikan Ulung di negara ini.

Exco Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Teresa Kok berkata, Hulu Selangor yang merangkumi Lembah Beringin, Bukit Beruntung dan Bernam Jaya akan menawarkan sebuah tapak dengan prasarana lengkap namun bebas daripada kesesakan jalan raya dan kos yang rendah.

"Kerajaan Negeri  Selangor dalam perancangan untuk membangunkan kawasan ini sebagai bandar baharu dan sudah ada beberapa pelabur antarabangsa menunjukkan minat termasuk Universiti Madinah yang bercadang membuka kampusnya di Selangor"  Kata Teresa.

"Kawasan ini tiada kesesakan jalan raya dan kos operasi pula rendah.  Pelajar juga tidak dibebani dengan kos sewa rumah yang tinggi seperti di bandar-bandar besar" kata beliau pada sesi dialog Pelan Induk Selangor 2011-2013 bersama sektor pendidikan di Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) minggu lalu.

Panglima7
Jika perancangan membina Kampus Universiti Madinah ini berjaya, Selangor bakal melangkah setapak lagi, maju ke hadapan dalam sektor Pendidikan yang terulung di negara ini.  Hulu Selangor akan menjadi sebuah Bandar Baharu yang maju setelah 63 tahun mundur di bawah Pemerintahan UMNO dan BN.


Majulah Selangor di bawah Pakatan Rakyat.  Segala cakap-cakap UMNO yang menuduh DAP adalah Parti cauvinis akan terpadam dan tuduhan tersebut akan tenggelam satu persatu bersama UMNO & BN di bumi Selangor.


Undilah Pakatan Rakyat dan kekalkan Kerajaan PR ini bagi memastikan Selangor bertambah maju dan bebas dari pemerintahan Rasuah UMNO dan BN yang terang-terangan menyalahgunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

7 comments:

melur said...

Salam Tuan Panglima,
alhamdulilah semoga menjadi kenyataan...

Amy Syaquena said...

salam...

wow bagusnya...


jemput ke sinar raudah ye.

Amy Syaquena said...

salam...

singgah tengahari lepas lunch melawat panglima..dah lunch ke...

p@kcikLie said...

yah..semoga menjadi kenyataan..insyaAllah anak2 masa depan boleh menimba ilmu di kampung halaman.

Panglima7 said...

Salam Melur....

Iyer..semoga doa melur menjadi kenyataan dan Kawasan Hulu Selangor akan bertambah maju hendaknya.

Panglima7 said...

Salam Amy...

Terima kasih menjemput hamba ke Raudah. Best blog dan sangatttt aktif. Well done.

Hamba buka blog sebelum lunch tadi... Lunch kat luar opis. Ni dah malam hehehe. TQ for coming here...datanglah selalu...yea

Panglima7 said...

Salam P@kcikLie.....

Besar harapan tuan besar juga harapan hamba P@kciklie. Semoga bersemarak ilmu agama di desa dan kota hendaknya.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara