Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 10, 2010

Bila SPR Beri Jawapan Meraban dan Merapu

Salam,


Timbalan Pengerusi SPR

Asal ada pilihanraya kecil di Kelantan, pasti SPR (Surunhanjaya Pilihan Raya) buat hal punya.  Semua tarikh pengundian yang ditetapkan oleh SPR semuanya semasa hari bekerja.  Apasal boleh jadi lagu tuu ?  kenapa buat pilihanraya DUN Galas semasa hari bekerja dan tambahan pula sehari sebelum Deepavali. ???  Dan lagii....ianya dibuat ketika sidang Dewan Undangan Negeri kelantan berlangsung.

Tidakkah ini menguatkan lagi yang SPR memang menjadi lembu UMNO dan BN.  Apa alasan SPR memilih hari khamis sebagai tarikh mengundi?? Jawab laa.....!!!   Alasan yang diberi oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar sungguh tidak konkrit dan berasas.  Tak ada point yang kuat langsung. Macam jawapan budak sekolah rendah ajer. Sila lihat akhbar Sinar Ms. N6.  (malas aku nak link kat sini)
Bagi lah jawapan straight to the point....jangan asyik bepusing-pusing ke sana dan ke sini.  lain orang tanya lain pula yang engkau jawab.  Bila orang cakap..SPR jadi alat UMNO....tau pulak marah ???  jawapn meraban-raban. 

Tindakkan SPR ini sungguh tidak relevan dan tidak mesra mengundi.  Seperti tidak menggalakkan rakyat DUN Galas yang bekerja di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain untuk pulang mengundi.... malah menyusahkan mereka untuk pulang ke Kampung pada hari bekerja bagi mengundi.  kalau ambil cuti pun ....kena 2 hari pasal hari Jumaat hari bekerja di Kuala Lumpur dan sekitarnya.

Inilah di antara muslihat dan kejahatan SPR, dengan kekosongan pengundi untuk pulang mengundi dapat dijangkakan yang perkara ini akan dimanfaatkan oleh SPR dengan memasukkan pengundi hantu yang didatangkan dari luar seolah-olah nampak seakan anak kelantan yang pulang untuk mengundi.  Nama pengundi hantu ini akan ditukar dengan nama pengundi yang dijangkakan tidak pulang di hari mengundi.  Malaysia boleh !!! dan UMNO lagi boleh !!!  Semua boleh dibuat....sekarang ini nak buat IC palsu rasanya tak susah....pasal ape....kalau Mat-Mat indon dan Filipina boleh buat IC palsu untuk datang dan masuk ke Sabah dan Semenanjung Malaysia, takkan untuk menang pilihanraya puak-puak ini tak boleh buat.

Semasa pengundian dijalankan....MANA ADA ALAT PENGESAN (Scanner lampu Ultra-Ungu) yang SPR gunakan untuk kesan IC palsu pengundi atau pengundi hantu !!!!  Sungguh memalukan mempunyai badan seperti SPR ini.  Tak pernah upgrade sampai sekarang.  Selagi tak buat demonstrasi mendesak pembaharuan... selagi itu.....SPR menjadi duri dalam daging.

Panglima7
Ko tak betul...aku tangguk.

1 comment:

sibersensasi said...

dulu kini dan selamanya tipu tipu tipu...

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara